Tempat Menarik Di Perak (TERKINI 2020)

Negeri Perak adalah sebuah negeri yang terletak di Pantai Barat semenanjung Malaysia. Terdapat banyak tempat menarik di Perak yang wajib anda kunjungi.
Perak merupakan negeri keempat terbesar selepas Sarawak, Sabah dan Pahang. Tidak hairanlah Perak masih kaya dengan hutan belantara, pantai, pulau, tempat bersejarah dan lain-lain tempat menarik.

Senarai Tempat Menarik Di Perak
Bagi anda yang tercari- cari di mana tempat menarik di Perak, berikut kami kongsikan lokasi percutian wajib pergi di negeri Perak Darul Ridzuan. Jom!
1. Pulau Pangkor
Pulau Pangkor memang sudah terkenal antara pulau tercantik di seluruh Malaysia. Pulau Pangkor yang terletak di Manjung, Perak ini berkeluasan hanya 2,200 hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25,000 orang.
Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau tropika dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik. Antara tempat yang menjadi tumpuan pelancong ialah:
- Kota Belanda
- Batu bersurat
- Pantai Puteri Dewi
- Pantai Pasir Bogak
- Teluk Nipah
Tempat Menarik Di Perak: | Pulau Pangkor |
Alamat: | 32300, Pulau Pangkor, Perak (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari: 24 jam sehari |
Harga Tiket: | – |
2. Sunway Lost World Of Tambun
Taman tema Lost World of Tambun ini secara umumnya terbahagi kepada dua iaitu dry park dan wet park. Di dry park anda boleh menaiki roller coaster yang juga sesuai untuk kanak-kanak dan juga terdapat rumah hantu jika anda inginkan sedikit thrill.
Di samping itu, anda boleh melawat Petting Zoo yang menempatkan pelbagai jenis haiwan seperti arnab, rakun, ular, zirafah, harimau dan bermacam lagi.
Terdapat juga aktiviti-aktiviti lasak seperti berakit, merentas hutan, meneroka gua, mendaki gunung dan banyak lagi.Aktiviti-aktiviti ini mungkin kedengaran agak lasak.
Namun jangan risau permainan-permainan ini dibahagikan mengikut kesesuaian umur dan kemampuan pengunjung. Jadi datanglah bersama ahli keluarga anda ke sini untuk memberikan mereka pengalaman yang tidak akan dilupakan!
Tempat Menarik Di Perak: | Sunway Lost World Of Tambun |
Alamat: | https://goo.gl/maps/JG99wBkmSYKs8CMA8 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari: 24 jam sehari |
Harga Tiket: | Dewasa (berumur 13 tahun dan ke atas)- RM85.00 Kanak-kanak (berumur 12 tahun ke bawah) -RM77.00 Warga Emas (60 tahun dan ke atas) – RM77.00 Kadar Lost World Hot Springs & Night Park Dewasa (berumur 13 tahun dan ke atas) – RM60.00 Kanak-kanak (berumur 12 tahun ke bawah) -RM55.50 Warga Emas (60 tahun dan ke atas) – RM55.50 |
3. Gua tempurung
Jika anda seorang pencinta alam semula jadi, anda mungkin pernah mendengar tentang Gua Tempurung sebelum ini. Terletak di Gopeng, Perak Gua Tempurung ini merupakan gua yang terbesar di Semenanjung Malaysia dengan kepanjangan lebih daripada 3 km.
Gua ini terdiri daripada lima kubah besar. Ia dipanggil ‘tempurung’ kerana silingnya berbentuk kubah yang menyerupai tempurung kelapa. Setiap kubah mempunyai stalagmit dan stalaktit yang berbeza.
Gua ini digunakan oleh pengganas komunis sebagai tempat persembunyian mereka antara 1950 hingga 1960.Terowong gua ini terbentuk di bawah gunung batu kapur iaitu Gunung Tempurung dan Gunung Gajah.
Terdapat juga sungai yang mengalir di dalam gua ini dengan kepanjangan sebanyak lebih kurang 1.6 km. Gua ini terkenal dengan kecantikan pembentukan batu-batu stalagmit dan stalaktitnya.
Terdapat empat tahap yang perlu dilalui didalam gua ini. Anda perlu mencuba menjelajahnya. Ia menarik, mencabar dan tidak dapat dilupakan!
Tempat Menarik Di Perak: | Gua tempurung |
Alamat: | https://goo.gl/maps/MvozFLuYuBstsoLU7 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari: 9:00 pagi – 4:00 petang |
Harga Tiket: | ![]() |
4. Bukit larut
Ramai pelancong yang datang ke Taiping akan memilih untuk mendaki Bukit Larut. Ia merupakan salah satu tempat warisan dan sejarah yang ada di bandar ini.
Selain itu, ia juga merupakan destinasi popular jungle trekking dan mendaki bukit. Bukit Larut, yang dahulunya dikenali sebagai Maxwell Hill, merupakan destinasi tanah tinggi yang terkenal di Malaysia.
Terletak di ketinggian 1,250 m di atas paras laut kira-kira 10 km dari bandar Taiping di Perak. Pemandangan yang indah pasti akan dapat dilihat di sini.
Dengan suhu harian 10 hingga 25 darjah Celcius, Bukit Larut memang menjadi destinasi ideal bagi mereka yang ingin melarikan diri dari panas dan kelembapan tanah rendah Malaysia.
Untuk naik ke bukit larut anda mempunyai dua pilihan sama ada menyewa kenderaan yang disediakan oleh pihak Bukit Larut yang mana perjalanan mengambil masa lebih-kurang 30 minit untuk sampai ke tempat penginapan.
Selain itu, anda boleh mendaki untuk ke puncak Bukit Larut. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam, bergantung pada setiap individu. Laluan menggunakan jalan yang diturap sepenuhnya.
Tempat Menarik Di Perak: | Bukit Larut |
Alamat: | (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari: 7:00 pagi – 5:00 petang Waktu operasi jeep Bertolak Naik: 8.30am, 10.30am, 12.30pm, 2.30pm Bertolak turun : 11.00am, 1.00pm, 3.00pm, 4.30pm Jumaat: Bertolak Naik: 8.30am, 10.00am, 3.00pm Bertolak turun : 10.30am, 12.00pm, 4.30pm |
Harga Tiket: | Harga tiket / Bayaran jeep Dewasa : RM10 Kanak-kanak : RM5 |
5. Kellie’s castle
Sebut sahaja Batu Gajah, Perak, pastinya nama Istana Kellie atau Kellie’s Castle akan disebut sebagai tarikan utamanya. Walaupun telah berusia 107, istana lama yang mulai dibina pada tahun 1905 ini terus kukuh berdiri di puncak bukit.
Pada mulanya, istana ini mempunyai menara 6 tingkat, tetapi pembinaan telah dihentikan kerana Smith tiba-tiba meninggal. Jadi menara 4 tingkat, bilik anak-anak Smith, bilik wain bawah tanah. Ia direka bentuk dalam gaya Moorish dan Indo-Saracenic Revival.
Jika mahu disingkap sejarah pembinaanya, ramai yang menyatakan Istana Kellie itu ibarat Taj Mahal Malaysia. Jika anda meminati sejarah, Kellie Castle adalah loksi yang amat sesuai.
Selain itu, disini juga merupakan ‘port’ menarik bagi anda yang meminati fotografi. Anda boleh pergi ke bumbung juga untuk menikmati pemandangan indah kawasan sekitarny
Tempat Menarik Di Perak: | Kellie’s castle |
Alamat: | https://goo.gl/maps/RzGR2UDbFNfXq9yr9 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari: 9:00 pagi – 6:00 petang |
Harga Tiket: | RM5.00 |
6. Zoo Taiping
Zoo Taiping mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Ia terletak di persekitaran semula jadi yang indah di Taiping Lake Gardens dekat kaki Bukit Larut (Maxwell Hill).
Persekitaran semulajadi yang indah dengan sungai, tasik dan banyak flora memberi kelebihan unik di tempat ini. Meliputi kawasan seluas 36 ekar, Taiping Zoo telah memulakan program pengembangan yang termasuk pembinaan “Konsep Terbuka” yang baru.
Zoo Taiping kini menempatkan lebih daripada 140 spesies haiwan. Pengunjung diberi peluang untuk melihat haiwan dalam keindahan semulajadi mereka dan pada masa yang sama berehat dan bersenang-senang.
Di Zoo ini juga ada menyediakan pakej-pakej pembelajaran untuk pelajar sekolah. Anda boleh terus ke laman web https://zootaiping.gov.my/frame-activities.html .
Tempat Menarik Di Perak: | Zoo Taiping |
Alamat: | https://goo.gl/maps/udA8f37SiRczwBn17 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Zoo Taiping Setiap Hari: 8:30 pagi – 6:00 petang Night Safari Setiap Hari: 8:00 malam – 12:00 pagi |
Harga Tiket: | Zoo Taiping Dewasa : RM16.00 Kanak- kanak (3 ke 12 tahun) : RM 8.00 Warga Emas (60 tahun ke atas) : RM8.00 Night Safari Dewasa : RM20.00 Kanak- kanak (3 ke 12 tahun) : RM 10.00 Warga Emas (60 tahun ke atas) : RM10.00 |
7. Teluk batik
Teluk Batik terletak dalam daerah Manjung. Lokasinya ialah di Lumut, yang terkenal sebagai pintu masuk ke Pulau Pangkor. Tarikan yang ada di Teluk Batik ialah pantainya yang cantik. Struktur pantai yang landai, air laut yang jernih dan ombak yang agak tenang menjadikannya destinasi popular untuk mandi laut.
Terdapat gerai menjual cenderahati, pakaian pantai seperti pakaian renang, topi dan t-shirt, tikar pantai, bola tiup dan cincin getah serta makanan ringan, minuman, krim ais dan sebagainya. Tandas dan bilik persalinan disediakan.
Kegiatan sukan air termasuk menaiki bot laju dan “banana boat” juga terdapat di sini. Untuk anda yang ingin bermalam di sini Terdapat beberapa hotel di sekitar termasuk Teluk Batik Resort yang mana resortnya menghadap ke pantai.
Tempat Menarik Di Perak: | Teluk batik |
Alamat: | https://goo.gl/maps/2uLpoE8KX9gR8gFs6 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari: 24 jam sehari |
Harga Tiket: | – |
8. Movie Animation Park Studios (MAPS)
Merupakan taman tema yang semakin meningkat di Malaysia. Ia dikatakan sebagai taman tema animasi pertama di Asia dan terletak di Ipoh, Perak. Ia mempunyai watak animasi Malaysia seperti BoBoiBoy serta watak-watak antarabangsa seperti Casper Ghost Friendly, The Croods, Megamind, Smurfs dan Encik Peabody & Sherman.
Lebih daripada 40 Tarikan di 6 Zon Bertema iaitu MAPS dibahagikan kepada 6 zon iaitu Animations square, Blast of Zone, Dream Zone, Fantasy Forest Zone, Lakeside Zone dan Live Action Zone.
Taman tema yang menyediakan aktiviti untuk orang dewasa dan kanak-kanak. meneroka 23 tarikan interaktif, 15 tontonan mendebarkan, dan 6 zon tematik .
MAPS Perak ini sangat hebat kerana ianya bersedia menjanjikan pelbagai tarikan untuk anda yang sukakan aktiviti yang mencabar dan tercari- cari tempat menghabiskan hujung minggu bersama keluarga boleh datang ke sini.
Tempat Menarik Di Perak: | Movie Animation Park Studios (MAPS) |
Alamat: | https://goo.gl/maps/CvBBP6Ro24jXpD7T8 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Isnin & Selasa : 4:00 petang – 11:00 malam Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad, Percutian & Percutian Sekolah : 10:00 pagi hingga 10:00 malam Tutup setiap hari Rabu, kecuali semasa sekolah & cuti umum. |
Harga Tiket: | Dewasa : RM 144.00 Kanak- kanak : RM 114.00 |
9. Stesen Kereta api Ipoh
Stesen Kereta Api Ipoh, juga dikenali sebagai Taj Mahal adalah tempat yang indah dan ia juga terletak di tempat yang strategik. Direka oleh Arthur Benison Hubback, ia pertama kali dibina dan dibuka pada tahun 1935.
Dibina semasa zaman kolonial British seni bina mencerminkan struktur sejarah. Stesen kereta api Ipoh pada mulanya bertujuan untuk menjadi sebuah hospital dan digunakan sebelum abad ke-20 seperti itu sebelum menjadi sebuah stesen.
Bahagian atas digunakan untuk Hotel Majestic dengan 21 bilik, bar, restoran dan ruang pejabat.
Aktiviti permainan ‘Roller Skate’ dan kilauan cahaya lampu yang berwarna-warni di Dataran Stesen Keretapi Api ini menggamit kehadiran pengunjung untuk bersantai di malam hari. Terutama golongan kanak-kanak yang paling teruja apabila berpeluang melihat pertunjukan air pancut yang berwarna-warni.
Setiap malam, pengunjung tanpa mengira peringkat umur dan warna kulit mengunjungi dataran itu seawal jam 8 malam lagi untuk melihat pertunjukan air pancut.
Tempat Menarik Di Perak: | Stesen Kereta api Ipoh |
Alamat: | https://goo.gl/maps/GKRYWaRkUYNjQTFJ7 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari: 24 jam sehari |
Harga Tiket: | – |
10. Kinta Riverfront Walk
Diberi gelaran Mini I-City Ipoh. Banyak lampu LED yang indah di pokok-pokok (Sama seperti I-City di Shah Alam), Riverwalk ini juga mempunyai beberapa cafe yang indah yang menghadap ke sungai Ipoh. Dengan pokok-pokok neon yang bercahaya memberi pantulan hebat ke dalam air.
The Sands Bistro & Café adalah tempat yang sempurna untuk menikmati santai malam. Untuk pergi ke seberang sungai anda perlu melalui jambatan yang di sediakan. Terdapat galeri Mini Palong Tin yang mana memaparkan sejarah bijih timah di Perak.
Selain itu, anda juga berpeluang untuk menyewa pelbagai jenis basikal, seperti basikal keluarga, 2 orang basikal dan 3 orang basikal untuk bersiar- siar sepanjang sungai. Tempat yang menyeronokkan untuk seluruh keluarga.
Tempat Menarik Di Perak: | Kinta Riverfront Walk |
Alamat: | https://goo.gl/maps/GMCayAhsRLm3bpCx8 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari: 24 jam sehari |
Harga Tiket: | – |
11. Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh (Padang Polo)
Taman ini sememangnya merupakan taman paling popular di kalangan penduduk Ipoh. Di panggil Padang Polo kerana kursus perlumbaan Kelab Ipoh Turf yang terkenal terletak berdekatan. Ia mempunyai trek jogging terbaik, taman permainan kanak-kanak, trek berbasikal dan restoran trak di sepanjang jalan.
Taman ini setiap hari akan dipenuhi dengan pengunjung untuk melakukan rutin harian mereka seperti bersenam dan berjoging serta bersantai . Anda boleh makan- makan sambal melihat anak- anak bermain di padang .
Tempat Menarik Di Perak: | Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh (Padang Polo) |
Alamat: | https://goo.gl/maps/Yp2nAYxf6YZeuk238 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari: 24 jam sehari |
Harga Tiket: | – |
12. Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh
Taman Rekreasi Gunung Lang, yang terletak di Jalan Tunku Abdul dibuka pada Oktober 2000. Ia dibangunkan di sekitar bukit batu kapur Gunung Lang dan Gunung Kamare.
Gunung Lang telah dijadikan kawasan rekreasi oleh Majlis Bandaraya Ipoh yang dilengkapi dengan tiga buah tasik buatan dari bekas lombong bijih timah.
Tarikan utama di Taman Rekreasi Gunung Lang adalah air terjun buatan manusia yang terletak di atas bukit batu kapur, jarak 2 km di atas menara pandang. anda memberi makan kepada ikan jenis keli Afrika dan Ikan Koi, talapia dan lampam yang bersaiz besar.
Untuk ke seberang anda perlu menaiki bot khas yang disediakan bagi menyeberang tasik dan melihat mini zoo, Rumah Perak dan pelbagai taman di dalam taman tersebut.
Tempat Menarik Di Perak: | Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh |
Alamat: | https://goo.gl/maps/VHEsyVvUKmQefEji9 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Isnin hingga Khamis – 8:00 pagi – 12:00 tengah hari / 1:30 petang – 7:00 petang Jumaat – 8:00 pagi – 12:00 tengah hari / 2:45 petang – 4:00 petang Sabtu, Ahad, Cuti umum – 8:00 pagi – 6:30 petang |
Harga Tiket: | Tiket Bot Dewasa – RM3.00 Kanak-kanak (3 – 12 tahun) – RM1.50 Warga warga emas (melebihi 55 tahun) – RM1.50 |
13. Sungai Klah Hot Spring
Air Panas Sungai Klah terletak di kawasan hutan yang tenang dan subur, dikelilingi oleh bukit-bukit dan sungai gunung yang sejuk dan sungai-sungai yang sejuk. Konsep unik dari Kolam Air Panas dan Taman Terapeutik percuma yang direka khas di kaki bukit sememangnya direka secara kreatif untuk menarik pengunjung.
Keluarga yang mengunjungi taman ini boleh mencuba mandi manda dan satu lagi aktiviti keluarga yang popular untuk ialah pengalaman memasak telur di dalam air panas yang mana Suhu air di kawasan ini boleh naik hingga 100 ° C dan bakul disediakan untuk mereka melakukan aktiviti ini.
Untuk pelawat yang berminat untuk mengalami urutan Melayu tempatan, taman ini menawarkan pakej urut tradisional yang terbaik untuk mendapat manfaat.
Sekiranya anda dan keluarga anda lebih suka mempunyai privasi anda boleh cuba jakuzi peribadi. Anda perlu membayar RM75 / jam untuk jenis standard dan RM125 / jam untuk jenis unggul.
Tempat Menarik Di Perak: | Sungai Klah Hot Spring |
Alamat: | https://goo.gl/maps/Cgi5BbEXPx7d9YGp9 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari: 8:00 Pagi – 7:00 Petang |
Harga Tiket: | Dewasa : RM15.00 Kanak-Kanak : RM12.00 |
14. Menara Condong Teluk Intan
Salah satu dari tarikan utama pelancong ke Teluk Intan ialah Menara Condong atau dikenali sebelumnya sebagai Jam Tinggi. Menara ini telah dibina oleh arkitek cina En. Leong Choon Cheong dan berfungsi sebagai tangki simpanan air untuk bekalan penduduk sekitar disamping berfungsi sebagai jam.
Pada masa ini menara ini tidak lagi berfungsi sebagai tangki simpanan air namun jam tersebut masih lagi berfungsi dan akan berbunyi setiap 15 minit.
Kekayaan senibina yang diperbuat daripada struktur kayu dan batu. Di setiap tingkat, dilengkapi dengan lorong kakilima jalan 6 kaki lebar berdindingkan tembok rendah 2 kaki yang dihiasi dengan batu seramik berwarna hijau.
Kawasan sekitar menara telah diturap dengan bata dan dijadikan sebagai plaza untuk pelbagai aktiviti di samada aktiviti rasmi atau tidak rasmi.
Sabtu -ahad 9.00 pagi – 6.00 petang
Tempat Menarik Di Perak: | Menara Condong Teluk Intan |
Alamat: | https://goo.gl/maps/J2P8Mhra7YtWJzuF8 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Isnin – jumaat : 8.00 pagi – 5.00 petang Sabtu -ahad : 9.00 pagi – 6.00 petang |
Harga Tiket: | – |
15. Masjid Ubudiah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar
Dikenali Masjid Iskandariah atau Masjid Diraja. Merupakan salah satu rumah ibadat orang Islam paling cantik di Malaysia. Kubah emas dan menara masjid adalah bukti daripada keindahan seni bina Islam yang dipengaruhi dengan seni bina ‘saracenic’ atau Islam-India.
Ia direka bentuk oleh AB Hubback, seorang arkitek kerajaan pada masa itu, manakala kerja pelaksanaan dipertanggungjawabkan kepada Caufield iaitu ketua jurutera negeri Perak. Masjid ini berbentuk oktagon atau segi lapan dan mempunyai empat buah menara serta dikelilingi kubah di bahagian dalam.
Bahagian dinding dan lantai masjid diperbuat daripada batu marmar berwarna merah dan putih yang dibawa khas dari Itali. Reka bentuknya sangat unik dan kemas. Masjid Ubudiah juga adalah simbol kesenian Melayu Islam yang bertapak kukuh di Malaysia sejak sekian lama.
Tempat Menarik Di Perak: | Masjid Ubudiah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar |
Alamat: | https://goo.gl/maps/YYezruAtm6FWF4no9 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari: 24 jam sehari |
Harga Tiket: | – |
16. Tasik Banding
Tasik Banding adalah pangkalan yang ideal untuk menerokai Tasik Temenggor dan Royal Belum Rainforest. Tak sah rasanya kalau seumur hidup tak pernah melawat Tasik Banding yang terletak bersempadan antara negeri Perak dan Kelantan ini.
Tasik bersejarah yang terhasil daripada limpahan air sewaktu pembinaan Empangan Temenggor ini terus menerus mendapat kunjungan para pelancong yang ingin menikmati ketenangan menerusi pemandangan alam flora dan fauna.
Jangan lepaskan peluang untuk berendam dan berenang dalam airnya yang bersih dan dalam. Tapi anda dinasihatkan supaya pakai jaket keselamatan sebagai langkah berjaga-jaga kerana air tasik ini sememangnya dalam.
Antara aktiviti lain yang anda boleh lakukan apabila sampai di sini ialah memancing di Tasik Temenggor yang mana hasil tangkapan paling berpotensi untuk kaki pancing bawa pulang ialah Snakehead dan Kelah.
Selain itu, berakit di sungai kejar.Anda berpeluang bergaul bersama masyarakat orang asli berhampiran dan anda berpeluang menimba pengalaman bina rakit tiub yang diperbuat daripada batang buluh.
Tempat Menarik Di Perak: | Tasik Banding |
Alamat: | https://goo.gl/maps/ygyYKKAsuUZUuMEJA (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari: 24 jam sehari |
Harga Tiket: | – |
17. Muzium Diraja Perak
Dikenali dengan nama Istana Kenangan yang diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman. Istana ini dibina atas titah Baginda Sultan Iskandar Shah sebagai tempat bersemayam sementara disebabkan ketika itu Istana Iskandariah masih lagi di dalam pembinaan menggantikan Istana Negara.
Dari segi bentuk senibinanya, Istana Kenangan ini melambangkan senibina Melayu Tradisional yang mengkagumkan. Pembinaan bangunan menggunakan kayu jenis keras berdindingkan tepas yang dianyam dengan corak Melayu Tradisonal dan beratapkan kayu papan jenis belian. Paku tidak digunakan dalam pembinaan bangunan ini.
Bentuk bangunan ini melambangkan sebilah pedang yang tersimpan di dalam sarungnya.Bahagian tengah atas bangunan ditempatkan singgahsana.Tingkat bawah bangunan ini dijadikan pejabat rasmi Baginda. Sekarang istana ini di bawah pengawasan Jabatan Muzium Negara.
Tempat Menarik Di Perak: | Muzium Diraja Perak |
Alamat: | https://goo.gl/maps/KTpjNeXpjJM3rHGU6 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Isnin-Khamis : 9:30 pagi – 5:00 petang Jumaat : 9:30 pagi – 12:15 tengah hari, 2:45 petang – 5:00 petang Sabtu, Ahad & Cuti Umum: 9:30 pagi – 5:00 petang |
Harga Tiket: | Percuma |
18. Taman Tasik Taiping
Tidak sah kalau ke Taiping sekiranya anda tidak melalui Taman Tasik Taiping ini. Merupakan tapak bekas perlombongan bijih timah yang agak besar di kawasan Taiping. Dibuka pada tahun 1880, menjadikan ia sebagai taman awam pertama di Tanah Melayu ketika itu.
Selain sebagai taman awam dan taman rekreasi, ia juga adalah sebahagian dari zon takungan air untuk mengelakan kejadian banjir kilat di bandar Taiping. Dibangunkan secara asalnya mengikut konsep ‘Rolling Meadows’, iaitu konsep mengadaptasi kawasan hijau dan lapang berkontur untuk landskapnya.
Menjadi trek untuk berjoging serta refleksologi, semuanya dikelilingi oleh tanaman tropika dan bunga-bungaan. Untuk kanak-kanak, terdapat gelanggang bermain kasut roda, bot kayuh, dan taman permainan.
Tempat Menarik Di Perak: | Taman Tasik Taiping |
Alamat: | https://goo.gl/maps/yXDeKnKhkzbh38LD7 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari: 24 jam sehari |
Harga Tiket: | – |
19. Tasik Cermin
Tasik Cermin merupakan tasik yang Indah tersembunyi dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Ramai yang tidak tahu tentang kewujudannya yang dikelilingi oleh bukit batu kapur. Untuk ke sini anda perlu memasuki Kawasan kuari terlebih dahulu dan melalui sebuah gua unik.
Anda kena melalui sebuah gua sebelum sampai ke Tasik Cermin dan apabila tiba dihujung pintu gua anda sudah boleh nampak Tasiknya yang dikelilingi sepenuhnya bukit batu kapur.
Air tasik cermin ini berwarna hijau dan berkilat seolah olah terlihat seperti cermin serta berkilauan. Ada ketikanya terdapat pantulan bayang gunung di sekeliling terhasil pada permukaan tasik tersebut. Terdapat pelantar besi khas yang dibina yang membolehkan anda meninjau dan bergambar berlatarkan tasik ini.
Anda juga dinasihatkan untuk datang secara berkumpulan kerana lokasi tasik sunyi dan terpencil jadi untuk tujuan keselamatan.
Tempat Menarik Di Perak: | Tasik Cermin |
Alamat: | https://goo.gl/maps/bDekitXQY4ZiBVcA7 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari: 7:00 pagi – 7:00 petang |
Harga Tiket: | Parking : RM 5.00 |
20. Lata Ulu Chepor
Tidak ramai orang luar mengetahui keindahan Lata Ulu Chepor yang dikelilingi oleh keindahan Hutan Simpan Kledang Saiong, Ipoh, Perak. Bagi anda yang bercadang untuk ke Ipoh, boleh singgah sebentar di sini menikmati keindahan dan kehijauan alam yang menenangkan.
Kemudahan yang disediakan seperti gerai makanan, beberapa chalet, surau, pondok dan lain-lain. Malah anda juga boleh membuat bbq kerana tapak juga disediakan . Pada hujung minggu tempat ini akan dipenuhi pengunjung.
Sungai ini mempunyai air yang jernih dan sesuai untuk keluarga mandi- manda tidak mengira peringkat umur. Air sungainya yang tidak berapa dalam sesuai untuk seisi keluarga. Apabila musim panas, di sini merupakan pilihan pengunjung untuk beristirehat kerana suasana yang redup dan airnya yang sejuk.
Tempat Menarik Di Perak: | Lata Ulu Chepor |
Alamat: | https://goo.gl/maps/Pqrr3biR534FVaMS8 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari: 8:00 pagi – 6:00 petang |
Harga Tiket: | Bayaran Masuk : RM 2.00 |
21. Kuala Sepetang
Kuala Sepetang adalah sebuah bandar pesisir yang terletak di Perak. Terdapat Kawasan paya bakau, kampung nelayan dan rizab hutan di bandar kecil ini.
Di sini, terdapat kilang membuat arang dimiliki oleh Encik Chuah. Pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana dan apa yang diperlukan untuk membuat arang? Ia adalah masa yang baik untuk anda menambah pengetahuan tentang pembuatan arang.
Anda juga berpeluang pergi ke Kuala Sangga. Merupakan sebuah kampung nelayan yang terletak berhampiran dengan Kuala Sepetang. Ada banyak helang yang tinggal di kawasan paya bakau di sekitarnya dan anda dibenarkan untuk memberi makanan kepada burung pemangsa ini. Pada masa ini anda dapat merakam saat- saat helang berada dekat anda .Pasti menarikkan.
Tempat Menarik Di Perak: | Kuala Sepetang |
Alamat: | https://goo.gl/maps/FsHMWFUVvogo7cwD8 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari: 24 jam sehari |
Harga Tiket: | – |
22. Gerbang malam
Jika anda singgah di bandar raya Ipoh,kunjungan anda tidak akan lengkap jika tidak mengunjungi Gerbang Malam di Jalan Tahwil Azhar di sini. Konsepnya adalah seperti uptown market yang popular di sesetengah tempat yang lain.
Pasar ini berkonsepkan uptown di mana anda dapat melihat pelbagai jenis barangan dijual, memang rambang mata dibuatnya sebagai contoh pakaian, minyak wangi, beg, alat solek, kasut, cermin mata, cincin dan lain-lain.
Jika anda sukakan karya kreatif, di sini juga terdepat gerai-gerai yang menjual tulisan khat, lukisan atas papan dan banyak lagi. Bagi anda yang inginkan penjimatan pula, banyak juga gerai-gerai bundle di sini.
Setelah penat berjalan, anda boleh mendapatkan urutan kaki dan refleksologi yang berada di sini. Kemudian, bolehlah sambung berjalan lagi sehinggalah anda menjumpai barang yang diingini. Gerbang malam ini antara lokasi yang menghidupkan suasana malam di bandar raya ini dan mendapat sambutan terutama pada hujung minggu dan musim perayaan.
Tempat Menarik Di Perak: | Gerbang malam |
Alamat: | https://goo.gl/maps/FWBxSdzinKW3EqBS7 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari: 6:00 petang – 12:00 malam |
Harga Tiket: | – |
23. Pasar Karat Ipoh
Lagi satu destinasi untuk menipiskan poket anda adalah Pasar Karat Ipoh. Nama lain untuk pasar ini ialah Loken. Dulunya Pasar Karat ini terletak dekat dengan Bazar Lam Look King kerana itu Pasar Karat ni juga digelar Pasar Lam Looking, kedengaran seperti Loken bukan? Walaupun setelah bertukar ke lokasi lain, nama ini kekal sehingga sekarang.
Apa yang menariknya di sini adalah terdapat terlalu banyak barangan antik yang dijual, rambang mata dibuatnya. Semakin lama anda berjalan sekitar pasar ini, semakin susah untuk anda membuat pilihan.
Loken ni sememangnya lokasi yang sangat dicadangkan kepada sesiapa yang datang berkunjung ke Ipoh. Di Loken terdapat pelbagai barangan lama yang boleh dibeli untuk koleksi peribadi dan di sini merupakan syurga buat pengumpul barangan lama.
Contoh barangan yang boleh didapati di sini antaranya adalah gramofon, radio lama, cermin mata klasik dan basikal vintaj. Kebanyakkan peniaga mempamerkan barang jualan mereka di atas tikar yang dibentang di bawah payung masing-masing. Untuk anda peminat barang antik jangan lepaskan peluang untuk datang ke sini.
Tempat Menarik Di Perak: | Pasar Karat Ipoh |
Alamat: | https://goo.gl/maps/pCgcHMEo4RTZHWsRA (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari: : 7:00 pagi – 1:00 petang |
Harga Tiket: | – |
24. Art of Old Town
Art of Old Town persis namanya merupakan sebuah destinasi yang dihiasi dengan ilustari-ilustrasi kreatif pada dinding-dinding bangunan di sini.
Ilustrasi-ilustrasi ini telah dihasilkan oleh Ernest Zacharevic, seorang seniman yang menerima pengiktirafan dunia atas lukisan-lukisan mural yang beliau hasilkan di sini. Beliau juga turut terlibat dalam penghasilan seni jalanan di New York.
Mural dinding yang terdapat di sini diinspirasikan daripada budaya masyarakat Ipoh. Masa yang diambil untuk melihat keseluruhan Art of Old Town ini adalah lebih kurang 30 minit.
Anda perlu berjalan sekitar Market Street, Jalan Tun Sambanthan, Jalan Padang, Jalan Bijeh Timah dan Concubine Lane 3. Jangan lupa membawa kamera anda sekali untuk mengabadikan diri anda dengan karya-karya kreatif ini.
Tempat Menarik Di Perak: | Art of Old Town |
Alamat: | https://goo.gl/maps/bcsWLCR1kbBVfH1U9 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari: 24 jam sehari |
Harga Tiket: | – |
25. Bukit Kledang
Menjadi lumrah bagi sebilangan di antara kita yang mahu mengisi masa lapang untuk beriadah mahupun menikmati pemandangan alam semulajadi, khususnya buat individu yang seharian suntuk menghabiskan masa di tempat kerja.
Anda boleh mengisi masa lapang di Bukit Kledang yang terletak berdekatan dengan Menglembu, Ipoh. Bukit ini berketinggian 800 meter (2640 kaki). Bukit ini sangat popular dengan penduduk Ipoh. Anda dapat melihat ramai orang ketika subuh dan senja. Ada yang berbasikal, berjalan kaki dan berjalan melalui jalan hutan.
Laluan ke puncak bukit terdiri daripada beberapa trek hutan, termasuk jalan berturap. Empat laluan mendaki yang paling menonjol adalah 4-2 (satu jam), 4-3 (1 ½ jam), 4-9 (2 jam) dan RTM (4 jam).
Terdapat beberapa laluan berbeza dengan jalan tar dan laluan bertangga manakala trek hutan lebih mencabar dan sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti lasak.
Anda sebenarnya boleh memandu sebuah kereta (4wd lebih baik) sehingga ke menara penyiaran atau lebih dikenali sebagai stesen RTM di puncak untuk melihat keindahan bandar Ipoh. Pemandangan yang sangat indah!
Tempat Menarik Di Perak: | Bukit Kledang |
Alamat: | https://goo.gl/maps/iHBoZwwwwJtjuoDW8 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari: 24 jam sehari |
Harga Tiket: | – |
26. Air Terjun Lata Iskandar
Lata Iskandar merupakan salah sebuah kawasan rekreasi air terjun yang menarik dengan alam semulajadinya yang mengagumkan dan mudah untuk dikunjungi. Terletak di pertengahan jalan di antara Tapah dan Cameron Highlands, air terjun ini mempunyai kolam-kolam takungan di setiap hujung barisnya, menyediakan satu tempat mandi yang sesuai untuk seisi keluarga.
Lata Iskandar terkenal dengan batu-batannya yang agak cantik. Air disini juga agak jernih kerana ia dijaga dengan rapi oleh pihak tertentu. Lokasi ini sesuai untuk keluarga yang membawa anak kecil mandi-manda kerana kebanyakan kolam tadahan air terjunnya tidak dalam, hanya separas pinggang.
Di bahagian bawah air terjun ini, terdapat bazar-bazar kraftangan yang menawarkan pelbagai hasil kraftangan yang boleh dibeli mengikut citarasa masing-masing. Hasil-hasil kraftangan di sini bermutu tinggi terutamanya hasil-hasil kraftangan oleh Orang Asli.
Tempat Menarik Di Perak: | Air Terjun Lata Iskandar |
Alamat: | https://goo.gl/maps/ZVN376yb4TfiNS3m6 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari: 7:00 pagi – 7:00 petang |
Harga Tiket: | – |
27. Ladang Anggur Saloma
Ladang Buah Anggur tempatan yang diusahakan oleh Puan Siti Saloma Saad yang terletak di Setiawan. Menurut Siti Saloma, beliau telah menanam lebih 10 jenis anggur namun hanya lapan jenis yang dapat dikomersialkan.
Saloma Vineyard and Nursery ini menawarkan perkhidmatan melawat ladang tersebut secara individu atau berkumpulan. Para pengunjung boleh mendapat pelbagai varieti anak pokok buah anggur dengan harga yang berpatutan.
Berkonsepkan petik, timbang dan bayar, seperti yang dilakukan pengusaha tanaman strawberi di Cameron Highlands, pengunjung berpeluang memetik sendiri buah anggur yang telah matang di bawah pengawasan pekerja ladang. Rasai pengalaman memetik buah anggur sendiri yang tidak penah anda bayangkan.
Tempat Menarik Di Perak: | Ladang Anggur Saloma |
Alamat: | https://goo.gl/maps/MQ7dyVsZXyVR3CXG9 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari: 8:00 pagi – 6:00 petang |
Harga Tiket: | – |
28. Teluk Senangin
Teluk Senangin terletak di daerah Lumut ,Perak. Tidak ramai yang mengetahui bahawa Teluk Senangin adalah salah satu lokasi menarik untuk percutian. Merupakan kawasan pantai yang cantik dan sentiasa menjadi lokasi perkelahan penduduk setempat.
Pengunjung boleh melihat Pulau Pangkor yang jauh ditengah laut apabila berada di Teluk Senangin. Landmark berhampiran dengan Swiss Garden Resort dan Spa Damai Laut. Laut kat sini tenang dan landau sesuai untuk aktiviti mandi- manda seisi keluarga.
Bagi anda yang merancang percutian bajet sendiri, pastikan anda membawa barang makanan yang secukupnya kerana agak sukar untuk mendapatkannya disini. Kemudahan dapur, BBQ dan lain-lain ada disediakan. Hanya terdapat gerai- gerai yang menjual cenderahati dan pakaian sahaja di sini.
Banyak aktiviti yang boleh anda lakukan seperti ATV, berkayak, banana boat, bbq dan perkhemahan. Kawasan yang luas dan deretan pokok-pokok rhu ditepi pantai pula menambah keindahan disini.
Tempat Menarik Di Perak: | Teluk Senangin |
Alamat: | https://goo.gl/maps/CXGRkfZ979n7Ae2L6 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari: 24 jam sehari |
Harga Tiket: | – |
29. Taman Eko Spritzer, Taiping
Spritzer EcoPark di Taiping dibuka kepada orang ramai sebagai taman rekreasi kira-kira dua tahun yang lalu. Untuk memelihara warisan negara untuk generasi akan datang, Spritzer telah membawa penubuhan ini dengan menggabungkan keseronokan, pendidikan, dan warisan kepada kehidupan dalam bentuk Spritzer EcoPark
Satu cabaran utama ekopark ini adalah padang golf mini 18 lubang yang mana anda boleh mencubanya. Anda juga boleh ke Granitic Column of Spritzer bernama Cactus Rock. Ia adalah batu prasejarah yang bermula sejak 200 juta tahun lalu.
Zon Kidz yang mana tempat anak- anak di ajar cara mengitar semula bahan. Ini akan menjadi pengalaman yang mesra dan menyeronokkan untuk keluarga semua peringkat umur. Berjalan di lorong nostalgia di Spritzer EcoPark bersama anak-anak di mana pemuliharaan warisan sangat dihargai.
Tempat Menarik Di Perak: | Taman Eko Spritzer, Taiping |
Alamat: | https://goo.gl/maps/LLEWXogyiWtfzbVA6 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap hari : 9:00 pagi- 9:00 malam Lawatan ke kilang Isnin- jumaat : 11:00 pagi & 3:00 petang Sabtu : 11:00 pagi |
Harga Tiket: | Percuma |
30. Perak Cave Temple
Salah satu daya tarikan Ipoh yang paling indah adalah Kuil Gua Perak yang mempesona beberapa gua yang telah diubah menjadi kuil. Ia adalah hasil inisiatif oleh Chong Sen Yee dan isterinya, Choong Chan Yoke.
Seluruh pemandangannya cantik dengan semua astaka yang terletak di bukit batu kapur . Patung emas duduk Buddha, 40 kaki tinggi, mendominasi kuil. Kaligrafi Cina juga menghiasi dinding yang sebahagiannya dicat oleh Chong Yin Chat.
Terdapat 450 langkah ke puncak di mana terdapat sebuah gazebo dua tingkat yang memberikan pandangan yang sangat baik di pinggir bandar utara Ipoh dan zon perindustrian yang berdekatan untuk anda lihat.
Tempat Menarik Di Perak: | Perak Cave Temple |
Alamat: | https://goo.gl/maps/Jkj4h5cAivmS7BS48 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari : 08:00 pagi – 05:00 petang Waktu terbaik untuk melawat Kuil Gua Perak (masa pilihan): 08:00 pagi – 03:00 petang Waktu yang diperlukan untuk melawat Kuil Gua Perak: 2 jam |
Harga Tiket: | – |
31. Kuala Gula Bird Sanctuary
Hutan Mangrove Matang merupakan kawasan ekosistem bakau terbesar di Semenanjung Malaysia. Ini habitat mangrove ekologi yang meluas di sepanjang pantai barat pesisir pantai utara Perak. Masa yang baik untuk dikunjungi adalah antara bulan Oktober dan Disember
Semasa musim penghijrahan antara Ogos dan April setiap tahun, lebih daripada 200,000 burung berhijrah yang mewakili kira-kira 50 spesies dianggarkan berhenti di sini.
Ini adalah tapak penjelajahan berharga untuk burung air dan tempat bersarang untuk burung pemastautin. Kebanyakan burung boleh dilihat dari bot.
Kuala Gula kini merupakan satu-satunya kawasan pemastautin yang terkenal untuk spesies terdedah di Malaysia. Satu lagi spesies rama-rama yang rentan, The Lesser Adjutant boleh didapati di sini dengan mudah. Chalet disediakan untuk pelawat yang bercadang untuk tinggal di sini. Boleh berhubung terus dengan perhilitan.
Tempat Menarik Di Perak: | Kuala Gula Bird Sanctuary |
Alamat: | https://goo.gl/maps/JeowBHUrp1hRzFLG9 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari: 8:00 pagi – 6:00 petang |
Harga Tiket: | Percuma |
32. Ho Yan Hor
Muzium ini merupakan rumah peninggalan Dr. Ho Yan Hor yang merupakan seorang usahawan teh herba yang disegani di Ipoh.
Ramai pengunjung yang pernah datang ke sini merasakan bahawa muzium ini sangat memberi inspirasi. Anda dapat mempelajari tentang proses pembuatan teh herba dan cara perniagaan pada zaman dahulu.
Di sini, anda akan dapat mengetahui banyak info tentang sejarah Ipoh dan Ho Yan Hor daripada tahun 1940-an sehingga masa kini yang mana syarikatnya telah berkembang sebagai syarikat farmaseutikal bergelar Hovid Bhd, berperingkat global dengan lebih daripada 400 produk dan telah menjalankan aktiviti eksport ke lebih daripada 50 negara.
Di muzium ini anda akan dapat melihat sudut informasi atau storyboards, video dokumentari, pameran barangan antik dan bar teh di mana anda dapat menikmati teh Ho Yan Hor.
Tempat Menarik Di Perak: | Ho Yan Hor |
Alamat: | https://goo.gl/maps/S97WAM9uWYh7JpvF7 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari: 8:00 pagi – 5:00 petang Isnin : 10:00 pagi – 4:00 petang |
Harga Tiket: | Percuma |
33. Concubine Lane
Concubine Lane atau Lorong Panglima adalah lorong kecil yang terletak antara Jalan Bijeh Timah dan Jalan Bandar Timah. Menurut cerita rakyat di situ, nama Concubine Lane diberikan kerana pada zaman dulu ia dipercayai menjadi lokasi bagi orang kaya menyimpan isteri kedua.
Lorong berkenaan dipenuhi deretan kedai lama yang diubah menjadi kafe atau butik selain banyak dengan gerai ‘pop-up’ menjual pelbagai barangan.Terdapat banyak produk dan makanan menarik boleh dijumpai di situ antaranya gula kapas yang dibuat segar dengan bentuk menarik seperti bunga.
Anda boleh berjalan kaki lebih kurang 3 minit sahaja dari Muzium Han Chin Pet Soo untuk ke Concubine Lane.
Tempat Menarik Di Perak: | Concubine Lane |
Alamat: | https://goo.gl/maps/H4bpx9AWwzTE1UKD7 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari: 24 jam sehari |
Harga Tiket: | – |
34. Han Chin Pet Soo
Dibina pada tahun 1929 sebagai rumah kelab oleh seorang warga Cina Hakka. Rumah kelab ini bagaikan menziarahi rumah Baba & Nyonya di Melaka, barang-barang lamanya masih tersimpan kemas termasuklah lesen perniagaan mereka.
Muzium ini banyak menunjukkan kegiatan melombong bijih timah oleh kaum Hakka pada zaman dahulu. Untuk kesini, anda bolehlah menempah masuk secara online mahupun datang terus. Walaupun tiada sebarang bayaran dikenakan, anda digalakkan memberi sumbangan sebagai sumber kewangan untuk penyelenggaraan muzium ini.
Tempat Menarik Di Perak: | Han Chin Pet Soo |
Alamat: | https://goo.gl/maps/r4iRQQnpKxTR6snEA (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari: 9:30 pagi – 5:00 petang |
Harga Tiket: | – |
35. Yasmin Ahmad Koh Heng
Muzium khas bagi meraikan kehidupan pengarah filem terkenal, arwah Yasmin Ahmad. Bergelar Yasmin At Kong Heng, muzium itu dibina di atas tapak milik Old Block Sdn Bhd yang mendedikasikan ruang satu tingkat untuk pameran.
Tempat Menarik Di Perak: | Yasmin Ahmad Koh Heng |
Alamat: | https://goo.gl/maps/8noTfeEwVCyvp2X47 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Sabtu & Ahad : 10:00 pagi – 6:00 petang |
Harga Tiket: | – |
36. Taman Jepun
Berada di dalam Taman Rekreasi Dr. Seenivasagam ialah sebuah Taman Mini Jepun yang berkeluasan 1.2 hektar. Taman dalam taman, menarik bukan?
Taman mini ini telah direka bentuk oleh pegawai lanskap Majlis Bandaraya Ipoh. Dalam penyediaan pelan taman ini, pegawai lanskap ini turut mendapatkan bantuan kepakaran daripada Majlis Bandaraya Fukuoka, Jepun.
Taman ini telah dirasmikan dan dibuka pada 30 Jun 1995 oleh Datuk Bandar Ipoh pada masa itu, Tuan Haji Ahmad Salleh Haji Sarif bersama bekas Datuk Bandar, Dato Haji Umar Haji Abu dan bendahari Majlis Bandaraya Fukuoka, Encik Watanabe
Tempat Menarik Di Perak: | Taman Jepun |
Alamat: | https://goo.gl/maps/JSFmotJd3irP7nv98 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari: 24 jam sehari |
Harga Tiket: | – |
37. Nasi Goreng Udang dan Sotong Banjir
Gerai nasi goreng udang ini terletak di seberang jalan berhampiran dengan bangunan Negeri Perak dan berdekatan dengan stesyen kereta api Ipoh.
Jika anda mempunyai peluang untuk pergi ke sana, jangan lupa singgah dan cuba menikmatinya. Ia pasti akan menjadi kenangan yang berharga buat anda yang meminati udang. Tetapi, jika anda alahan terhadap makanan laut, jangan cuba ya.
Selain nasi goreng udang banjir, anda boleh mencuba menu nasi goreng sotong banjir. Tengok gambar sahaja dah buat kita geram. Berbaloi dengan harga RM16.50 sepinggan, timbunan udang dan sotong sahaja sehingga menutupi nasi gorengnya.
Tempat Menarik Di Perak: | Nasi Goreng Udang dan Sotong Banjir |
Alamat: | https://goo.gl/maps/Zx6wU9ojcaG6jxTC9 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari: 4:00 petang – 12.15 pagi |
Harga Tiket: | – |
38. Kafe Konda Kondi
Dikenali juga dengan label ‘Cafe Hipster’ di Ipoh, Konda Kondi Cafe merupakan sebuah cafe yang dimiliki oleh anak-anak muda belia. Konsep cafe ini memang diilhamkan sendiri oleh mereka yang mana memang menepati trend anak muda zaman sekarang di Ipoh.
Disini, anda boleh rasa masakan Mexico, Western dan juga masakan yang resepi asalnya adalah daripada ibu pemilik cafe ini sendiri. Antara menu yang wajib anda cuba disini adalah nasi ayam hitam.
Kalau anda datang ke Ipoh, nak cari tempat makan best waktu malam, Konda Kondi merupakan pilihan paling utama yang anda boleh cari.
Tempat Menarik Di Perak: | Kafe Konda Kondi |
Alamat: | https://goo.gl/maps/jG4s1jUvkdXDuzhT6 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari: 6:00 petang – 12:00 pagi Selasa tutup |
Harga Tiket: | – |
39. Greentown dimsum ipoh
Berada di bandar Ipoh? Mulakan hari dengan cara paling best sekali: dengan berbakul-bakul dim sum yang baru sahaja dikukus! Sebagai pencuci mulut, cubalah sepinggan tat telur .Selain dari dim sum, pelbagai lagi jenis makanan ala chinese yang anda boleh cuba.
Tempat Menarik Di Perak: | Greentown dimsum ipoh |
Alamat: | https://goo.gl/maps/UCkJu3VUJsLtyPvc7 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari: 8:00 pagi – 9:00 malam Selasa tutup |
Harga Tiket: | – |
40. Nasi Lemak Ayam Kampung
Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung yang terletak di tengah bandaraya Ipoh. Tetapi, ramai yang masih tidak tahu, restoran ini bukan sekadar menawarkan nasi lemak ayam kampung paling sedap di Ipoh, tetapi pelbagai lagi menu lain yang sedap & unik boleh didapati di sini.
Selain nasi lemak ayam kampung, ada juga beberapa menu menarik yang anda boleh cuba seperti aneka bubur, sup belut, pulut mangga dan banyak lagi.
Tempat Menarik Di Perak: | Nasi Lemak Ayam Kampung |
Alamat: | https://goo.gl/maps/qXYYnqVgc7UeidtKA (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari: 3:30 petang – 2:30 pagi |
Harga Tiket: | – |
41. Kampung Kacang Putih Buntong
Kata orang, kacang putih terbaik datangnya dari Kampung Kacang Putih di Buntong, Perak. Menjadi tumpuan pengunjung terutama pada musim perayaan bagi membeli kudapan itu.
Ia juga menjadi antara destinasi terkenal pengunjung bukan sahaja dari Perak, malah dari negeri lain yang ingin merasai keenakan kacang serta keropok dijual beberapa pengusaha.
Kira-kira 120 jenis kacang dan kerepek dijual pengusaha di kampung itu. Sebanyak 40 jenis mendapat perhatian utama pelanggan seperti kerepek ubi pedas, omapodi, muruku bintang, muruku kari, kacang tanah kari, kacang telur dan kacang susu.
Tempat Menarik Di Perak: | Kampung Kacang Putih Buntong |
Alamat: | https://goo.gl/maps/GNLLtbYcMiNTKvr5A (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari: 9:00 pagi –10:30 malam |
Harga Tiket: | – |
42. Cendol, Rojak dan Laksa Padang Polo
Padang Polo adalah sebuah taman rekreasi bagi orang-orang Ipoh beriadah. Di sekitar Tempat letak kereta ini anda dapat melihat penjaja makanan minuman. Antara yang menarik adalah cendol dan laksa. Cendol Padang Polo ini sememangnya terkenal bagi menghilangkan dahaga sambil menikmati laksa.
Laksa yang memang pure utara punya. Ini merupakan tempat yang wajib dan santai untuk anda sekeluarga menghabiskan masa pada waktu petang. Anda boleh menikmati cendol dan laksa sambil melihat gelagat anak-anak kecil yang beriadah bersama keluarga.
Tidak dilupakan rojak di sini memang sedap .Kuah yang pekat, banyak ditambah pula dengan buah- buahan yang segar dan menghilangkan rasa lapar perut anda. Anda patut cuba.
Tempat Menarik Di Perak: | Cendol, Rojak dan Laksa Padang Polo |
Alamat: | https://goo.gl/maps/daCGgmY82xNxozdG8 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari: 12:30 tengah hari – 7:00 petang |
Harga Tiket: | – |
43. Cafe Simply Chocolate
Datang ke Ipoh mesti nak cari makan sedap di Ipoh kan?. Nak share satu port makan baru di Ipoh ni. Kafe pun simple aje. Yang dah boring makan western, tomyam dan mamak. Boleh try menu fusion ini dekat Cafe bukan hipster.
Cuba makan menu Drippin coklat dan Hot Chicken Mango dia. Makan best Ipoh punyelah. Drippin ni asalnya makanan tradisional dari Terengganu yang di olah ala-ala hipster. Boleh makan dengan ais krim dan coklat. Makan dengan coklat aje atau makan dengan sambal tumis bilis.
Sambal tumis dia memang kaw. Chicken Mango pun pedas . Tapi puas hati. Ayamnye selambakkk dengan kerabu mangga dan sos pedasnye. Meleleh air liorr. Ada banyak menu lagi. Tapi kalau dapat signature dish ni pun dah berbaaloi. Menu lain tu macam ropa dan buttermilk dinda kanda.
Kalau anda cuba buttermilk dinda kanda anda perlu minta tambah sos chicken mango. Memang sedap!!
Tempat Menarik Di Perak: | Cafe Simply Chocolate |
Alamat: | https://goo.gl/maps/spbxhmoDAP1gzEDT6 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Selasa – ahad : 3:00 petang – 10:00 malam Isnin : Tutup |
Harga Tiket: | – |
44. Restoran Nasi Kandar Ayam Merah (Nasi Ganja Ipoh)
Nama rasmi untuk gerai nasi ganja sebenarnya adalah ‘Perniagaan Nasi Kandar Ayam Merah’ dan mereka beroperasi di kedai kopi milik Cina bernama Yong Suan. Jadi, mengapa ia dipanggil ‘Nasi Ganja’? Penduduk tempatan yang memberi gelaran kerana kesedapan nasi kandar yang membuatkan orang datang untuk makan lagi.
Tip untuk ke sini, anda hanya datang dan duduk sendiri di mana-mana meja yang kosong dan kakitangan akan datang dan mengambil pesanan anda. Beritahu mereka apa hidangan yang anda suka sama ada lauknya dihidangkan secara berasingan atau campur bersama nasi.
Kebanyakan di sana akan melihat pengunjung yang datang mencampur semua hidangan di dalam satu pinggan.
Perkhidmatan cepat dan cekap yang mana anda akan mendapat makanan anda kurang dari 5 minit. Secara keseluruhan, nasi ganja menjadi popular kerana servis yang cepat dan harga makanan yang murah.
Tempat Menarik Di Perak: | Restoran Nasi Kandar Ayam Merah (Nasi Ganja Ipoh) |
Alamat: | https://goo.gl/maps/4cuazKmfAHmVyRFB7 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Isnin-Ahad : 9:30 pagi – 6:00 petang |
Harga Tiket: | – |
45. Restoran New Hollywood
Konsep restoran ini ialah menyediakan banyak gerai-gerai makanan yang pelbagai jenis. Jadi anda boleh memilih makanan yang membuka selera anda. Anda yang pertama kali datang akan was- was kerana signboard kedainya cina. Memang kedai makan Cina dan yang owner pun Bangsa Cina yang menyediakan Halal Food.
Masyarakat majmuk makan kat sini sejak dulu sampai la sekarang. Dan yang pastinya tempat ni memang sentiasa ramai. Jom kita ke menu dia yang famous dan sedap.
Anda patot cuba roti goyang. Menu breakfast yang terkenal kat sini dan Kopi O dia yang Kaw!! dan jugak air Teh O dia (rasa teh O bunga) sedap!!
Lagi satu menu Chee Chong Fun memang terbaik dan sedap. Harga RM4.00 dan ada 2 jenis ayam dan udang. Menu yang ada seperti roti canai, nasi lemak bungkus rm 1.00, american breakfast (Roti bakar + chicken slice, baked beans, Hotdog dan telur) untuk menu Western.
Jangan lepaskan peluang datang ke Restoran ini. Anda pasti anda akan berpuas hati dengan menu yang disediakan. Makan beramai-ramai bersama keluarga dan rakan-rakan lagi dapat membuka selera anda.
Tempat Menarik Di Perak: | Restoran New Hollywood |
Alamat: | https://goo.gl/maps/L8sRHR9RHjTw2Fhn9 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari: 7:00 pagi – 10:00 malam |
Harga Tiket: | – |
46. Restoran Mee Rebus Ramli
Restoran ini sangat popular dan menjadi tumpuan masyarakat tempatan dan juga penggemar setia “Mee Rebus Ramli” yang sememangnya enak ini. Tak kurang juga ramai pengunjung dari luar yang telah mengetahui keenakan “Mee Rebus Ramli” ini akan singgah sebentar sekiranya mereka melewati jalan Tasek di Ipoh ini. “Mee Rebus Ramli” ini sememangnya enak dan memiliki keunikan rasanya yang tersendiri.
Harga untuk semangkuk “Mee Rebus Ramli” ini adalah RM3.90, agak berpatutan dengan konsep dan servis yang disediakan oleh restoran ini. Sebuah restoran yang kemas dan bersih, manakala pekerja di restoran ini lengkap beruniform.
Di restoran ini juga turut menyediakan menu lain seperti nasi ayam dan western food bagi memberi keselesaan pelanggan yang ingin turut menikmati hidangan lain.
Tempat Menarik Di Perak: | Restoran Mee Rebus Ramli |
Alamat: | https://goo.gl/maps/Am8a5YEtFBD3dSWNA (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Isnin-Ahad : 6:00 pagi – 11:00 malam |
Harga Tiket: | – |
47. Zul Yahya Steamboat
Zul Yahya Steamboat & BBQ menyediakan pelbagai jenis juadah antaranya, Laksa Utara, Nasi Bajet RM6, makanan laut, kambing, ayam dan daging perap serta makanan bergoreng. Selain itu, terdapat juga makanan barat seperti Chicken Chop, Lamb Chop dan sebagainya dengan harga yang berpatutan.
Makanan yang disediakan di kedai ini memang semuanya fresh. Dekorasi kedai ini mengunakan #makansambilmengimbaukenanganlama jadi hiasan dalamannya yang mana susunan majalah-majalan lama, vespa, kerusi kanak-kanak, kerusi kayu zaman sekolah, mainan, basikal kanak-kanak zaman 80 an dan 90 an.
Pada yang tidak gemarkan steamboat, di sini juga ada pelbagai menu lagi. Antara yang mendapat sambutan hangat adalah nasi ayam penyet. Sambalnya sedap marvelous.
Tempat Menarik Di Perak: | Zul Yahya Steamboat |
Alamat: | https://goo.gl/maps/du5z7cnYjD6pVi4v8 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari: 12:00 tengah hari – 12:00 tengah malam |
Harga Tiket: | Dewasa – RM32 Warga Emas – RM25 Kanak-kanak (umur kanak-kanak adalah dari 4 – 11 tahun) – RM15 |
48. Eight Miles Burger Banjir
Menu yang terkenal di Ipoh ini. Gerai tepi jalan di Hulu Kinta, Ipoh yang terkenal dengan burger banjir. Restoran mengamalkan dapur konsep terbuka di mana makanan dimasak untuk semua orang dapat melihat. Memfokuskan pada kualiti, kuantiti dan harga makanan.
Pelbagai patties untuk burger antaranya daging lembu, ayam, daging rusa, arnab, ikan dan telur. Setiap burger akan dihidangkan dengan segenggam kentang goreng sebagai penambah selera di dalam burger banjir tersebut.
Menu yang terkenal di sini digelar “Full Tank”.Hidangan yang terdiri daripada dua sosej, patty, kentang goreng dan telur, yang diliputi kuah. Menarikkan !! Variasi ini juga boleh digabungkan dengan Chicken Chop and Lamb Chop. Hidangan lain termasuk Fish & Chip dan minuman seperti mocktail dan Bittersweet.
Tempat Menarik Di Perak: | Eight Miles Burger Banjir |
Alamat: | https://goo.gl/maps/AMTGeqhP5cgHv2bR8 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap hari : 6:00 petang -1:00 pagi Selasa : Tutup |
Harga Tiket: | – |
49. Restoran Warteg Ipoh
Menetap di salah satu bangunan tertua (1949), di Ipoh, terletak sebuah kafe dengan nama yang unik. ‘Warteg’ (bermaksud Warong Tegar dalam bahasa Indonesia) kerana pelbagai makanan dan minumannya. Konsep warung moden dengan macam-macam menu yang agak rare.
Antaranya termasuklah Nasi Uduk dan Kimchi. Paling popular menu berasaskan Lobster dan Alaskan King Crab dengan resepi Jawa. Lobster2 tu saiz XXL tau. Harga bergantung kepada saiz dan berat. Memang terbaik!!
Anda juga patut mencuba ‘Kacang Pool’ versi Warteg. Hidangan tempatan dari Johor di mana daging kubus dimasak dengan kacang panggang dan full medames (kacang fava Mesir) dan disajikan dengan telur goreng, bawang yang berharga RM9.
Tempat Menarik Di Perak: | Restoran Warteg Ipoh |
Alamat: | https://goo.gl/maps/FWT5hZqdnSsaATnUA (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Selasa – Sabtu : 4:00 petang – 1:00 pagi Ahad – 3:00 petang – 12:00 tengah malam Isnin : Tutup |
Harga Tiket: | – |
50. Miker Food
Terletak di tengah-tengah bandar Ipoh yang dikenali sebagai Padang Ipoh, Miker menghidangkan campuran gabungan, keseronokan tempatan dan barat yang memenuhi citarasa dari seluruh dunia sejak penubuhannya pada tahun 2016.
Menu yang mendapat sambutan di sini adalah Tom Yam Nyor kerana dalam tom yam terdapat banyak pilihan makanan laut dan yang menariknya di letakkan di dalam tempurung kelapa. Menurut pemilik kedai ini, air kelapa di masukkan di dalam tom yam ini untuk memberikan keseimbangan manis dan pedas.
Ruang kafe yang luas dan makanan yang enak memberikan keselesaan kepada tetamu untuk menjamu selera sambal menikmati suasana persekitaran bandar Ipoh.
Tempat Menarik Di Perak: | Miker Food |
Alamat: | https://goo.gl/maps/5fx2MFxWk3VGmKNNA (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Selasa – ahad : 5:00 petang – 12:00 tengah malam |
Harga Tiket: | – |
51. Char Kuey Teow Abang Sayang
Tempat Makan Bersama Keluarga dengan suasana santai . Pelbagai hidangan boleh di dapati disini .Di sini anda dapat menikmati makanan di bawah langit malam sambil dihiburkan dengan persembahan live muzik.
Menu utama tentulah char kuey teownya yang dikatakan menggunakan kuah special dan tidak lokek dengan udang yang besar. Memang menepati selera anda Harganya yang sangat berbaloi anda tentu akan berpuas hati. Terdapat menu lain juga seperti makanan western. Anda patut cuba!!
Tempat Menarik Di Perak: | Char Kuey Teow Abang Sayang |
Alamat: | https://goo.gl/maps/beq8bdrEHGDnHa1e9 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari: 5:00 petang – 1:00 pagi |
Harga Tiket: | – |
52. Plan B
Ahad – Khamis (10.00 am – 11.00 pm)
Jumaat, Sabtu (10.00 am – 12.00 am)
Berkonsep hipster, kedai ini terletak di dalam bangunan yang dahulunya adalah sebuah gudang lama, dengan siling yang tinggi serta dinding batu-bata, atmosfera kedai ini terasa cukup santai.
Dengan dekorasi dalaman yang begitu menarik, masuk sahaja ke dalam kedai ini, anda tidak akan dapat menahan diri dari berposing.
Minuman coklat panasnya terasa begitu lemak berkrim dan kopinya pula sangat kaw! Mengenai hidangan yang ditawarkan, antara yang patut anda cuba adalah salted egg spaghetti, rockyroad raspberry cake, serai chicken rice, chocolate brownie yang lembut di lidah dan banyak lagi. Anda pasti suka ketika berada di sini.
Tempat Menarik Di Perak: | Plan B |
Alamat: | https://goo.gl/maps/KVXGt98kvru1CNvT8 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Ahad – Khamis : 10.00 pagi – 11.00 malam Jumaat – Sabtu : 10.00 pagi – 12.00 tengah malam |
Harga Tiket: | – |
53. Laksa Telur Goreng Bersarang / Kafe Setinggan
Laksa Telur Goreng Bersarang ini semakin terkenal di Ipoh, Perak. Keistimewaannya tentulah terletak pada telur sarangnya yang garing. Ditambah lagi dengan laksa ala utara yang sememangnya sedap. Kuahnya juga pekat. Fish ball dan fish cake penambah kesedapan laksa istimewa ni.
Tertanya-tanya kenapa menunya dipanggil telur bersarang? Ini kerana telur goreng yang dicampurkan dengan laksa ini dimasak dengan menggunakan teknik special untuk membuatkan telur itu kelihatan seperti sarang burung.
Telur bersarang inilah yang menjadi keunikan kafe jika dibandingkan dengan kedai lain yang menggunakan telur rebus. Wajib cuba kalau tak pernah lagi!
Antara hidangan berat lain yang dihidangkan di sini ialah nasi lemak dan nasi kukus yang dihidangkan bersama ayam goreng berempah. Ditambah pula dengan dekorasi Kafe Setinggan ini memang lain daripada yang lain.
Menggunakan konsep ala kampung, ianya juga mewujudkan suasana yang santai. Bolehlah anda meluangkan masa bersama keluarga atau rakan sambil bergambar di sini!
Tempat Menarik Di Perak: | Laksa Telur Goreng Bersarang / Kafe Setinggan |
Alamat: | https://goo.gl/maps/hgPmkKNpYQpzVxKH9 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari : 12:00 tengah hari – 7:00 petang Jumaat : Tutup |
Harga Tiket: | – |
54. Restoran M. Salim, Jalan Tokong
Restoran M. Salim yang sudah pun beroperasi lebih daripada 50 tahun ini menjanjikan kari kepala ikan yang paling sedap pernah anda rasai. Untuk anda penggemar kari kepala ikan anda patut singgah dan merasainya sendiri.
Kari ini sedap dimakan bersama dengan roti canai, tosei dan juga capati. Hidangan lain juga ada disediakan seperti mee goreng, maggi goreng, mutton / chicken soup, dan juga mee rojak dan pasembur. Untuk minumannya pula, anda mesti cuba air oren laicinya, gabungan kedua-dua buah ini semacam sedapnya!
Disebabkan keenakannya, restoran ini seringkali padat dengan ramai pelanggan, jadi kalau anda nak lebih selamat, anda boleh membuat tempahan meja terlebih dahulu sebelum ke sini.
Tempat Menarik Di Perak: | Restoran M. Salim, Jalan Tokong |
Alamat: | https://goo.gl/maps/qKtx6kyT4EHMAuBG9 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Sabtu – Khamis :6:30 pagi – 10:00 malam Jumaat : 6:30 pagi – 1:00 petang & 2:00 petang – 10:00 malam |
Harga Tiket: | – |
55. Suhaimi Cafe
Bertempat di Taman Kledang Permai, Ipoh. Untuk anda yang tercari- cari sarapan pagi yang power anda boleh terus ke sini.
Menu yang sedang viral di media social iaitu roti titab kaya berserta dengan telur goyang.Untuk hidangan ini, rotinya dibakar rangup sebelum disapukan dengan kaya dan diletakkan telur separuh masak. Memang sedap!
Selain itu, menu yang menjadi kegemaran ramai di sini adalah roti benggali yang berkuahkan kari ayam. Roti yang tebal dan lembut ini bila dicicahkan dengan kari ayam memberikan sensasi yang sangat menggemparkan lidah.
Dihidangkan pula bersama Kopi Vietnam yang merupakan minuman yang sangat terkenal di Suhaimi Cafe dan merupakan minuman yang paling laku di sini!
Jangan lepaskan peluang anda datang ke sini!!
Tempat Menarik Di Perak: | Suhaimi Cafe |
Alamat: | https://goo.gl/maps/4mteiusqPMHTRche7 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari : 7:45 petang – 12:00 tengah malam Selasa (Tutup) |
Harga Tiket: | – |
56. Restoran Fuziah
Nasi ayam yang paling laris di Ipoh, ianya cukup terkenal dengan penggemar nasi ayam yang menggelarkannya Nasi Ayam Bazar Bulat sejak ianya dibuka pada tahun 1980 lagi.
Untuk makluman anda, resepi ayam goreng Restoran Fuziah ini dicipta sendiri oleh Napiah (suami Fuziah). Idea untuk mencipta resepi ayam goreng tercetus ketika Napiah bekerja di sebuah restoran terkemuka di Singapura pada sekitar tahun 1970 an.
Seperti yang anda dapat teka, masakan terhangat di sini adalah nasi ayamnya yang dihasilkan dengan menggunakan beras wangi berserta minyak lemak ayam. Manakala ayamnya pula digoreng sehingga garing serta dicampurkan dengan sos soya untuk melahirkan rasa manis.
Restoran mereka sentiasa penuh dengan pelanggan pada waktu kemuncak seperti waktu makan tengah hari dan makan malam. Jadi rancang perjalanan anda ke sini.
Tempat Menarik Di Perak: | Restoran Fuziah |
Alamat: | https://goo.gl/maps/TCQwtPYRi2rQSdDF8 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari : 11:30 pagi – 10:30 petang |
Harga Tiket: | – |
57. Canning Dim Sum
Canning Dim Sum adalah sebuah restoran yang menghidangkan dimsum halal untuk para peminat masakan Cina yang beragama Islam. Bukan sedikit, tapi lebih daripada 50 pilihan dimsum ditawarkan di restoran ni!
Signature dishes ‘rare’ mereka iaitu Red Pepper Prawn Dumpling, Shanghai Chicken Broth Dumpling, Sea Cucumber Caviar Mai & Abalone Caviar Sew Mai. Rasa dia Memang confirm sedap. Serius!! Air yang paling recommended dan menjadi kegemaran kat sini ialah Kopi Ais atau dikenali sebagai Ipoh White Coffee yang memang dibrew segar di sana.
Menu makanan tradisi masyarakat cina yang lain dihidang kat sini iaitu Chee Cheong Fun (ayam, udang, veggie), Bubur Ayam Herba (Century Egg Chicken Congee) dan yang paling menarik ialah Lava Pau. Mempunyai 5 perisa iaitu Salted Egg, Peanut, Chocolate, Black Sesame & Lotus Paste. Murah dan sedap !!
Tempat Menarik Di Perak: | Canning Dim Sum |
Alamat: | https://goo.gl/maps/L8eUcbWmawKodweP8 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari : 6:30 pagi – 2:30 petang Rabu : Tutup |
Harga Tiket: | – |
58. Hokkaido Ice Cream Puff Ipoh
Mencari ais krim lazat dan unik di bandar Ipoh? Hokkaido Ice-cream Puff adalah tempat yang tepat untuk anda. Ia pasti akan memuaskan keinginan anda untuk menikmati ais krim semasa musim panas.
Kedai ini menawarkan banyak perisa seperti pudina, kelapa, ubi, teh hijau, cip choc’o, coklat cip, cookies dan krim, mangga, raspberry dan durian. Selain itu mereka juga mempunyai kek lazat. Harga berpatutan dan boleh dinikmati oleh keluarga dan rakan.
Tempat Menarik Di Perak: | Hokkaido Ice Cream Puff Ipoh |
Alamat: | https://goo.gl/maps/oLrxNDZMabgqvC1K6 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari: 12:30 tengah hari – 8:00 malam |
Harga Tiket: | – |
59. Roti Jantan Kaki Bukit Larut
Terletak di kaki bukit Bukit Larut yang terkenal, makan pagi ini sesuai untuk pejalan kaki bersiap untuk mengambil jejak 13 kilometer ke puncak. Pelbagai pilihan makanan dihidangkan beberapa lot kedai di Gerai Kaki Bukit Larut ini.
Paling popular ialah Roti Jantan atau roti bakar telur goyang istimewa. Selain dua biji telur separuh masak, kacang panggang dan dua sosej. Menu istimewa dikenali sebagai Roti Jantan Telur Gedik itu ternyata lebih enak dengan curahan sos cili, kicap dan keju cair. Terdapat juga menu lain seperti Nasi Lemak.
Tempat Menarik Di Perak: | Roti Jantan Kaki Bukit Larut |
Alamat: | https://goo.gl/maps/G5Ra7gmEA5hGwtve9 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari : 7:00 pagi – 6:00 petang |
Harga Tiket: | – |
60. Taiping Bomba Yong Tau Foo
Medan selera ini dinamakan Pusat Penjaja Taiping atau Medan Selera Padang Sarkas, tetapi orang ramai lebih mengenalinya sebagai Medan Selera Belakang Bomba sabab ia terletak betul-betul dibelakang Balai Bomba Taiping.
Boleh kata setiap gerai menyediakan menu Yong Tau Fu. Yong Tau Foo boleh kata menjadi menu dan tarikan utama ke sini. Tipnya cari kedai yang ramai orang konfem sedap. Kuah Yong Tau Foo sini memang lain dari yang lain. Tak sama di lain tempat. Makan banyak pun tak muak ! Selain Yong Tau Foo terdapat juga ABC dan Cendol.
Tempat Menarik Di Perak: | Taiping Bomba Yong Tau Foo |
Alamat: | https://goo.gl/maps/FLXg5V6sHrMThbwK9 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari: 5:00 petang – 12:00 tengah malam |
Harga Tiket: | – |
61. Bismillah Chendol Taiping
Bismillah Cendol, yang telah wujud sejak tahun 1993. Antara cendol yang terkenal di Taiping. Di sini, anda boleh menemui cendol biasa, kacang, bubur, dan kacang pulut serta laksa dan pasembor.
Harga cendol pulut (RM2 setiap mangkuk), yang datang dengan pulut yang telah di panggang sedikit. Santan yang segar memberikan rasa yang baik kepada cendol dan diikuti dengan rasa manis sebagai penambah tekstur. Tekstur kenyal dari cendol itu sendiri menambahkan lagi kesedapan dan keunikan cendol di sini.
Tempat Menarik Di Perak: | Bismillah Chendol Taiping |
Alamat: | https://goo.gl/maps/2EtyeVwGVL5EpmJT9 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari: 8:00 pagi – 6:00 petang |
Harga Tiket: | – |
62. Mee Udang Ketam Sempoiii Diraja
Restoran Mee Udang & Ketam Sempoii Diraja yang terletak di Lorong Sungai Choh, Ipoh. Dengar kata restoran ni sangat terkenal dengan Mee Udangnya dan pernah masuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan TV3.
Ketam dan udang yang digunakan untuk memasak adalah segar dan menjadi faktor kenapa mee disini sangat sedap kerana kemanisan seafood segar. Antara udang yang ditawarkan ialah udang laut kertas, udang harimau, udang galah dan udang kara. Pelanggan boleh memilih jenis udang.
Masakannya pasti sedap dan tidak akan mengecewakan. Kalau nak datang makan malam di sini, saya sarankan call dulu dan buat reservation terlebih dahulu.
Tempat Menarik Di Perak: | Mee Udang Ketam Sempoiii Diraja |
Alamat: | https://goo.gl/maps/mmgaYxw6mHa4gjNV6 (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari: 4:30 petang – 12:00 tengah malam |
Harga Tiket: | – |
63. Nasi vanggey original ipoh
Kalau sesiapa yang datang ke Ipoh pasti tak sah kalau tak pekena Nasi Vanggey. Vanggey yang bermaksud “Mari” dalam bahasa Tamil sememangnya sudah terkenal di Ipoh dan dinikmati oleh semua bangsa tak kira Melayu, Cina ataupun India.
Perniagaan Nasi Vanggey ini tidak putus-putus diserbu pelanggan yang ingin mencuba keenakan nasi ini. Walaupun ramai orang, tetapi layanan mereka sangat cepat dan membuatkan kita terasa beratur sekejap saja.
Keistimewaan Nasi Vanggey ini adalah pada sambal karinya yang sedap dan pekat. Ayamnya pula berwarna merah dan penuh dengan rempah ratus yang unik. Cukup terkenal di Ipoh anda haru cuba!!
Tempat Menarik Di Perak: | Nasi vanggey original ipoh |
Alamat: | https://goo.gl/maps/5ijhvDkwqFg59j5GA (klik pautan untuk semak jarak dan masa perjalanan) |
Waktu Operasi: | Setiap Hari: 7:00 pagi – 11:00 malam |
Harga Tiket: | – |
Baca juga: