Solat Dari Sudut Sains: Apa Yang Anda Patut Tahu?

Artikel ini akan membawa anda melihat kebaikan solat dari sudut sains. Kita patut tahu sains juga satu cabang ilmu yang dapat mencenderungkan manusia untuk lebih mengenal Tuhan. Sains dan Islam itu seiring sebenarnya.

solat-dari-sudut-sains-malaysiaindah.com-2

Kebaikan Solat Dari Sudut Sains

1. Posisi tubuh

Pergerakan tubuh ketika solat seperti rukuk, sujud dan duduk di antara dua sujud sebenarnya banyak memberi kesan baik kepada kesihatan seseorang.

2. Takbiratul Ikram

Di dalam takbiratul ihram dan qiyam, pergerakan ini membantu pengaliran darah pada lengan. Manakala apabila tangan diletakkan pada bahagian atas pusat ketika qiyam membantu memperelokkan sendi tubuh bahagian atas.

3. Rukuk

Rukuk dianggap sempurna apabila tulang belakang lurus hingga ke kepala ketika badan dibongkokkan 90 darjah.

Jika diletakkan segelas air di atas belakang ketika itu, air itu tidak akan tumpah. Antara kebaikan kepada kesihatan bagi posisi sebegini ialah ia dapat menjaga tulang belakang sebagai pusat saraf, melancarkan aliran darah pada tengah tubuh, merehatkan otot bahu dan mencegah kanser prostat untuk lelaki.

4. I’tidal

I’tidal adalah postur badan di antara rukuk dan sujud, iaitu ketika badan seseorang yang sedang solat baru sahaja kembali kepada kedudukan selepas rukuk.

Aktiviti pergerakan yang memfokuskan tengah tubuh ini mampu membantu memberi kebaikan pada sistem pencernaan.

5. Sujud

Posisi tubuh yang menonggeng akan menyebabkan aliran darah lebih laju ke bahagian atas tubuh, iaitu bahu, leher dan kepala.

Ada satu bahagian di dalam kepala yang agak sukar untuk kemasukan aliran darah. Namun, dengan posisi sujud, bahagian berkenaan mudah dimasuki aliran darah.

Antara kebaikan lain ialah mengelak buasir dan memperelok kesihatan dalaman wanita. Bagi wanita mengandung, posisi sujud dapat membantu memudahkan proses kelahiran.

6. Duduk

Posisi duduk, termasuk duduk di antara dua sujud dan tahiyat dapat membantu organ pergerakan, iaitu kaki. Untuk lelaki, posisi ini membantu membaiki tahap kesihatan lelaki.

Apa yang lebih penting bagi individu muslim ialah pergerakan ketika menunaikan solat itu adalah simbolik penyerahan diri sebagai hamba kepada Maha Pencipta.

Walaupun mengetahui kelebihan solat dari sudut sains bukanlah sesuatu yang mustahak bagi orang Islam, maklumat ini membantu untuk memahami bahawa apa juga yang disyariatkan Allah ada kebaikan dan kelebihan tersendiri.

Baca juga:

Tags:,