Solat Membentuk Kecerdasan Emosi Anak

Kita sering mendengar mengenai kecerdasan intelektual anak-anak. Namun, jarang sekali untuk mempedulikan kecerdasan lainnya terutamanya kecerdasan emosi anak.

Hakikatnya, kecerdasan emosi dan kecerdasan spiritual yang seiring dengan kecerdasan intelektual mampu melahirkan individu mampan dari sudut duniawi dan ukhrawi.

kecerdasan-emosi-anak-malaysiaindah.com-1

Bagaimana Membentuk Kecerdasan Emosi Anak

Satu daripada kaedah mencapai kecerdasan emosi ialah menerusi solat. Solat adalah satu bentuk pengabdian kepada Tuhan yang sangat memainkan fungsi penting dalam membentuk segala kecerdasan emosi dalam diri anak-anak.

Momokan lazim kepada anak-anak ialah mereka patut memiliki kecerdasan intelektual yang tinggi bagi menjamin masa depan. Anak-anak kerap kali dibebankan dengan harapan yang tinggi dan dijadikan “kuda hitam” bagi ibubapa yang hanya mementingkan kecemerlangan akademik.

Ini bukanlah sesuatu yang kurang baik, tetapi tanpa pengawalan emosi dan jati diri yang sepatutnya, anak-anak akan mengalami depresi tidak terkawal.

Kesan kepada depresi atau kemurungan yang tidak terkawal mungkin boleh menjadi titik tolak kepada hilangnya rasa percaya pada diri, merasakan diri tidak berguna atau lebih teruk akan menyebabkan mereka mencari galang ganti bagi mengisi kekosongan dalam diri dengan aktiviti negatif.

Bagi mengekang ini daripada berlaku, solat adalah antara alternatif terbaik. Dengan solat, anak-anak mampu meningkatkan rasa kebergantungan pada Allah dan percaya pada konsep qada dan qada.

Tawakkul atau tawakkal yang tinggi pada Allah akan mampu mengawal mereka daripada memiliki perasaan kecewa keterlaluan jika perancangan dalam hidup tidak menjadi.

Ini dapat dicapai menerusi solat!

Manusia diciptakan di dunia ini untuk beribadah kepada Allah seperti firmanNya bermaksud,

“Dan tidaklah Aku (Allah) ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepadaKu,” (Az-Zariyat: 56)

Anak-anak yang menunaikan solat akan memiliki ketenangan dalam hidupnya meskipun dibebani pelbagai masalah duniawi.

Dunia itu penting, tetapi rasa percaya diri mereka sendiri dan sifat tawakkul pada Allah taala menyebabkan anak-anak tidak mudah terusik dengan karenah kehidupan dunia semata-mata.

Ternyata, solat yang sempurna mampu menjadikan anak-anak sebagai hamba Allah yang baik, menunaikan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Mudah-mudahan solat mampu menjadikan anak-anak insan yang mencapai kecerdasan emosi tinggi!

Baca juga:

Tags:,