5 Panduan Supaya Anak Tidak Tinggal Solat Lima Waktu

Banyak panduan solat boleh diperolehi dalam pelbagai medium, termasuk versi cetak atau Internet. Artikel ini sebahagian daripada rujukan panduan solat dan bimbingan belajar solat lima waktu, terutama untuk ibu bapa dalam mendidik agar anak tidak tinggal solat.

Solat tiang agama. Seperti rumah memerlukan tiang bagi memantapkan strukturnya, solat menjadi sangat penting dalam kehidupan seseorang muslim.

anak-tidak-tinggal-solat-malaysiaindah.com-1

Jika makanan penting untuk kesihatan lahiriah, solat pula makanan mustahak untuk kesejahteraan batiniah.

Dapatan kajian mutakhir menunjukan peratusan individu Islam, terutama golongan muda, menunaikan solat lima waktu makin berkurangan. Ini amat membimbangkan. Justeru, tip berikut dapat digunakan sebagai panduan mengelakkan anak daripada meninggalkan solat.

Cara Terbaik Latih Anak Tidak Tinggal Solat

1. Sistem Jadual

Sistem jadual membolehkan ibubapa memantau prestasi solat anak-anak secara sistematik. Setiap kali anak menunaikan solat, ibubapa boleh menanda bahagian solat yang ditunaikan. Dengan cara ini juga perancangan dan penambahbaikan dapat dilakukan.

2. Denda

Sistem denda juga sesuai diterapkan. Contohnya, anak meninggalkan solat mungkin boleh didenda dengan cara membersihkan rumah dan sebagainya. Sistem ini akan meningkatkan rasa bertanggungjawab anak sebagai seorang Islam di samping mendidik disiplin dalam urusan penjagaan rumah.

3. Solat Berjemaah

Membiasakan solat berjemaah di rumah mampu melatih anak menunaikan solat tepat waktu. Ini juga dapat mengelakkan anak menipu jika dibiarkan solat bersendirian tanpa pengawasan.

4. Pelukan dan Pujian

Aktiviti normal selepas solat, iaitu bersalaman, patut disertakan dengan pelukan dan ciuman tanda kasih sayang dan penghargaan. Ini akan memberikan getaran positif kepada minda anak bahawa dengan solat, mereka akan dikasihi. Secara tidak langsung, ini akan menjadikan anak-anak seronok serta sentiasa menunggu waktu solat.

5. Doa

Tiada sandaran lebih baik dalam menjaga zuriat kita, kecuali kepada Allah. Oleh itu, amalkan doa Nabi Ibrahim as,

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriatku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah aku”.

Perubahan awal anak-anak daripada tidak solat kepada kekal solat mungkin sukar. Justeru, ibubapa perlu kreatif dan bijaksana dalam usaha memantapkan solat di kalangan anak-anak.

Baca juga:

Tags:,