Tempat Menarik Di Tasik Kenyir (TERKINI 2020)

tempat menarik di tasik kenyir terengganu malaysiaindah.com 77

Tasik Kenyir sudah terkenal dengan keindahan flora dan fauna. Kaya dengan hutan tebal, bukit bukau, air terjun dan bermacam-macam lagi tempat menarik di Tasik kenyir. Dikatakan tasik buatan manusia ini berada dalam hutan hujan tropika tertua dunia semenjak 130 juta tahun lampau.

tempat menarik di tasik kenyir malaysiaindah
Kredit Gambar: tourism.gov.my

Senarai Tempat Menarik Di Tasik Kenyir

Bagi anda yang tercari- cari di mana tempat menarik di Terengganu, berikut kami kongsikan lokasi tempat menarik di Tasik Kenyir, salah satu tempat yang anda wajib kunjungi jika berkunjung ke Terengganu. Jom!

1. Air Terjun Lasir

Jika anda sukakan mandi di air terjun, anda wajib pergi ke Air Terjun Lasir di Tasik Kenyir. Ianya terletak 16 kilometer dari Pengkalan Gawi, jadi anda perlu ke sana dengan menaiki bot.

air-terjun-lasir-tempat-menarik-di-tasik-kenyir-malaysiaindah
Kredit Gambar: tourism.gov.my

Ketinggiannya kira-kira 500 kaki dan membentuk kolam di setiap tingkat. Air Terjun Lansir sangat menakjubkan, trust me!

Bagi mereka yang suka memancing pula, inilah masanya untuk anda mempamerkan bakat anda. Jangan lupa bawa alatan memancing sambil ditemani orang tersayang.

Tempat Menarik Di Tasik Kenyir:Air Terjun Lasir
Alamat:Air Terjun Lasir, 21700 Kuala Berang, Terengganu
(klik untuk semak jarak dan masa perjalanan)
Waktu Operasi:Setiap Hari: 8:00 pagi – 5:00 petang
Harga Tiket:Percuma (kecuali harga pakej bot)

2. Gua Bewah

Gua Bewah pernah dikenali sebagai “kilang tahi kelawar”. Najis burung kelawar menghasilkan tanah yang sangat subur khususnya di sekitar sepanjang tangga dari pelantar Bewah hingga ke pintu masuk gua.

gua-bewah-tempat-menarik-di-tasik-kenyir-malaysiaindah
Kredit Gambar: tourism.gov.my

Jika ini kali pertama anda masuk ke dalam gua, ini adalah tempat yang sempurna untuk anda meneroka.

Ini kerana Gua Bewah telah dilengkapi dengan tangga dan lampu solar automatik yang akan menyala apabila anda melangkah kedalam gua tersebut. Hebat, kan?

Tempat Menarik Di Tasik Kenyir:Gua Bewah
Alamat:Jeti Gua Bewah, Taman Negara Negeri Terengganu (Lokasi Jeti Gua Bewah)
(klik untuk semak jarak dan masa perjalanan)
Waktu Operasi:Setiap Hari: 8:00 pagi – 5:00 petang
Harga Tiket:Percuma (kecuali harga permit dan pakej bot)

3. Taman Orkid Tasik Kenyir

Selain itu, anda juga boleh melawat Taman Orkid yang hanya 10 minit perjalanan jika menaiki bot dari Pengkalan Gawi. Taman Orkid merangkumi Pulau Hulu Selimbar, Pulau Hilir Selimbar dan Pulau Belit.

Taman Orkid Tasik Kenyir tempat menarik di tasik kenyir malaysiaindah.com
Kredit Gambar: tourism.terengganu.gov.my

Jika anda memang suka bunga-bungaan terutamanya orkid, anda disyorkan untuk pergi ke sini untuk melihat spesies orkid liar termasuklah dari spesies orkid tempatan. Jangan terkejut, ada juga spesies orkid antarabangsa yang dikacuk dengan begitu unik sekali.

Orkid- orkid di sini mekar dengan cantiknya dan mampu membuatkan anda terpukau dengan warnanya yang mempersonakan. Anda harus pergi!!

Tempat Menarik Di Tasik Kenyir:Taman Orkid Tasik Kenyir
Alamat:Jetty Pengkalan Gawi, Pengkalan gawi, 21700 Kuala Berang, Terengganu
(klik untuk semak jarak dan masa perjalanan)
Waktu Operasi:Setiap Hari: 8:00 pagi – 5:00 petang
Harga Tiket: Percuma (kecuali harga permit dan pakej bot)

4. Santuari Kelah Sungai Petang

Merupakan lokasi yang wajib ketika berkunjung ke Tasik Kenyir kerana di sini ditempatkan ribuan ekor ikan Kelah liar.

Santuari-Kelah-Sungai-Petang-tempat-menarik-di-tasik-kenyir-malaysiaindah
Kredit Gambar: tourism.gov.my

Kawasan di Santuari Kelah ini dinamakan Lubok Kejor. Anda perlu menaiki bot laju kira-kira sejam daripada jeti Pengkalan Gawi atau hentian Air Terjun Sungai Lasir.

Anda akan disajikan dengan panorama indah air tasik yang menghijau dan berlatarbelakangkan bukit serta gunung yang mendamaikan.

Dibuka dari Mac hingga Oktober. Jangan lepaskan peluang untuk mandi dan berenang bersama ribuan ikan kelah yang hidup. Satu pengalaman yang menakjubkan!!

Tempat menarik di Tasik Kneyir:Santuari Kelah Sungai Petang
Alamat:Santuari Ikan Kelah Sg Petang, Kenyir, Terengganu
(klik untuk semak jarak dan masa perjalanan)
Waktu Operasi:Setiap Hari: 9:00 pagi – 12:00 tengah hari
Harga Tiket:Dewasa:  RM15.00
Kanak-kanak: RM8.00

5. Kenyir Waterpark

Kenyir Waterpark juga merupakan tarikan terbaru dalam senarai tempat menarik di Terengganu. Ianya terletak di Pulau Poh. Kenyir Waterpark mempunyai keunikannya tersendiri dimana acara permainannya dibuat di tengah tasik yang dikenali sebagai Lake Playstation.

tempat menarik di tasik kenyir kenyir waterpark malaysiaindah.com 1 (Small)
Kredit Gambar: Kenyir Water Park

Untuk pergi ke sini anda perlu mengambil bot dari Jeti Pangkalan Gawi, hanya 5 minit perjalanannya.

Dekat je!! Acara permainan di sini terbahagi kepada dua bahagian iaitu untuk kanak- kanak dan dewasa. So far bahagian kanak-kanak ada paddle pool dan splash pool.

Untuk mereka yang ingin menguji ketahanan stamina dan mahukan sesuatu yang lasak dan mencabar, boleh cuba Ninja Warrior Water Games yang mana kedalamannya mencecah 150 meter.

Wahh macam fear factor dahh. Selamat Mencuba.

Tempat menarik di Tasik Kenyir:Kenyir Waterpark
Alamat:Pulau Poh, Kenyir Hulu Terengganu, Terengganu
(klik untuk semak jarak dan masa perjalanan)
Waktu Operasi:Isnin- Khamis: 10:00pagi – 6:00 petang
Harga Tiket:Dewasa:  RM20.00
Kanak-kanak: RM10.00

6. Kenyir Elephant Conservation Village (KECV)

Terletak sebelum pintu masuk ke Tasik Kenyir, ianya dimulakan pada tahun 2014. Anda berpeluang untuk merasai pengalaman menaiki gajah sambil ditemani pelatih mengelilingi kawasan perkampungan.

Yang paling menarik, anda boleh melakukan banyak aktiviti contohnya melihat gajah mandi dengan lebih dekat di sungai perkampungan, bergambar bersama gajah, memberi gajah makan dan lain-lain.

Sekiranya anda datang awal pagi, anda berpeluang melihat rutin harian gajah di sini.

Anda juga boleh melakukan aktiviti menusuri laluan kanopi dan menaiki menara tinjau untuk melihat keindahan alam flora dan fauna.

Tempat menarik di Tasik Kenyir:Kenyir Elephant Conservation Village (KECV)
Alamat:21700 Kuala Berang, Terengganu
(klik untuk semak jarak dan masa perjalanan)
Waktu Operasi:Setiap Hari: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
Jumaat: 12.30 tengah hari – 2.30 petang (Tutup)
Harga Tiket:Umur 7- 12 tahun:
RM10.00 (Tanpa Tutorial)
RM20.00 (Tutorial)
Umur 13 Tahun ke atas:
RM20.00 (Tanpa Tutorial)
RM40.00 (Tutorial)

Semua dalam satu, Tasik Kenyir adalah tempat yang cantik dan menarik untuk percutian jangka pendek, terutamanya jika anda ingin lebih dekat dengan alam semula jadi dan hidupan liar. Selamat berkunjung ke Tasik Kenyir!

Baca juga: